Tuesday, 19 March 2013

~TEORI PERKEMBANGAN SIGMUND FREUD ~





Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian iaitu :  id, ego dan superego.

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.

Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.


Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;

1) Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).



2) Peringkat anal ( 2- 4 tahun )

Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.



3) Peringkat falik ( 4- 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.


4) Peringkat pendaman / latensi ( 6- 12 tahun )

Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.

5) Peringkat genital  ( 12 tahun ke atas ).

 Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

~ Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget ~





Teori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya.Teori ini ada pada dasarnya telah menjadi menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya.

Piaget mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan, sistem-sistem ini seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri. Piaget percaya fungi kecerdasan adalah untuk membanu menyesuaikan diri (adaptasi) kanak-kanak terhadap persekitaran. 


Tahap-tahap perkembangan:

1.     Tahap Sensorimotor (dari lahir – 2 tahun)

Ciri : tidak ada bahasa, anak bersifat egocentris, pada akhir tahap ini anak mengembangkan object permanence, anak tahu benda itu ada meskipun tidak tampak.

2.     Pemikiran preoperational (sekitar 2 tahun – 7 tahun)

a.       Pemikiran prakonseptual (sekitar 2 tahun - 4 tahun)

Ciri : Pembentukan konsep sederhana, mengklasifikasikan benda ke dalam kelompok berdasarkan kemiripan, logika mereka tidak induktif atau deduktif, namun transduktif ( sapi adalah hewan besar dan berkaki empat, hewan itu juga berkaki empat dan besar jadi hewan itu adalah sapi)

b.       Pemikiran intuitif (sekitar 4 tahun - 7 tahun)

Anak memecahkan masalah secara intuitif, bukan berdasarkan kaidah-kaidah logika.
Ciri : anak tidak mampu untuk conservation (kemampuan untuk menyadari bahwa jumlah, panjang, substansi atau luas akan tetap sama meski mungkin hal-hal itu direpresentasikan kepada anak dalam bentuk yang berbeda-beda). Anak secara mental tidak mampu membalikkan operasi kognitif.

3.      Operasi konkret (sekitar 7 tahun - 11/12 tahun)

Ciri : anak memiliki kemampuan konservasi, kemampuan mengelompokkan secara memadai, mampu melakukan pengurutan (dari yang besar ke yang kecil dan sebaliknya), dan mampu menangani konsep angka. Akan tetapi, proses pemikiran masih didasarkan hal-hal yang konkret.

4.     Operasi formal (sekitar 11/12 tahun – 14/15 tahun)

Anak mampu menangani situasi hipotetis dan proses berpikir mereka tidak lagi tergantung hanya pada hal-hal yang langsung. Pemikiran anak semakin logis dimana pemikiran ini dapat membantunya untuk mencari solusi atas problem kehidupan yang tidak kunjung selesai.



~ ROBERT HAVIGHURST ~



 

Biodata tokoh

Nama sebenar beliau adalah Robert Havighurst. Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900. Seterusnya membesar dan menerima ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio. Havighurst telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah beliau menjadi guru sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Setelah beberapa tahun, pada tahun 1974 Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in Development and Education dan berjaya menerbitkan buku hasil dari penulisan dan pengalaman beliau bertajuk “ Human Development and Education ” pada tahun 1953.


Konsep Teori

Robert Havighurst menyatakan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Ini adalah merupakan satu elemen penting yang berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Beliau memfokuskan kepada keadaaan sekeliling atau persekitaran dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan meninggalkan impak samaada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa yang mencorakkan mereka. Menurut Robert Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan bahawa contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan media elektronik ( internet ). 


Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan ianya dapat dilihat jika makanan yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat maka, bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit seperti PKU. Ini adalah kerana kurangnya enzim di dalam badan bayi selepas di lahirkan. Seterusnya, bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Dari sini, ianya akan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas. Di samping itu, ianya dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak ke arah yang positif. 
Seterusnya, bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya pula, Havighurst menyatakan ini adalah kerana jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderong untuk menjadi manja dan inginkan belaian dan kasih saying dari ibunya. Jika dia tidak mendapat apa yang diinginkan seperti apa yang diperoleh olah kawannya, maka kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Ini terbuki bahawa paktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. 


 Peringkat - peringkat 

Havighurst telah membahagikan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak. Di sini, saya hanya menyatakan 5 peringkat sahaja iaitu :

1) Peringkat pertama bayi dan awal kanak-kanak ( lahir – 2 tahun). Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek.

2) Peringkat kedua pertengahan kanak-kanak “ Toddlerhood” (2-3 tahun). Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak. 

3) Peringkat ketiga prasekolah (4 – 6 tahun ). Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya perkembangan moral.

4) Peringkat keempat sekolah rendah ( 6 – 12 tahun ). Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca, menulis dan mengeja. Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan.

5) Peringkat kelima awal remaja ( 12 – 18 tahun ). Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina.





Wednesday, 13 March 2013

* Profil Arnold Lucius Gesell *





~penting~

Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis. Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.

Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami hampir menyenangkan di mana ‘hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river” (Gesell, 1952). Menurut Bakinsky (1983) Gesell menggunakan bahasa yang sama untuk menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan “ its seasons and sequences”.

Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian bersungguh-sungguh. Untuk menambah pengetahuannya mengenai proses psikologi yang tersirat, beliau menuntut di sekolah perubatan pada umur 30 tahun, walaupun beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafah dan bekerja sebagai ahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan kanak-kanak Yale, Gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah kajian teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanak-kanak dan bayi.
Mereka mamperkembangkan norma tingkah-laku yang menyeluruh yang masih bertindak sebagai bahan asas informasi kepada ahli pediatik dan ahli psikologi. Gesell juga memperkembangkan satu daripada kajian pertamanya “ kecerdikan bayi” (Gesell, 1952). Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri.

Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu ciri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembang dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk pusat sistem saraf iaitu otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh ‘blueprint’ genetik.

Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebaik sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembangan awal selepas bersalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah, kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu , lengan jari , batang tubuh dan kaki. Menurut Gesell (1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan.

Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Dari pandangan Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Menurut Gesell (1952) lagi kesan kematangan dibandingkan dengan kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum kelahiran, ini bermakna bahawa diasingkan kematangan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens dan bentuk tingkah laku.

Ia adalah tugas mekanisme kematangan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak itu dengan jelasnya memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya apabila mereka berirama dengan prinsip kematangan dalaman. Gesell (1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual.

Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak. Beberapa bukti untuk kedudukan kematangan dalam pengajaran datang dari kajian terhadap anak kembar seiras. Misalnya, Balinsky (1983) memberi seorang kembar latihan aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub.

Anak kembar ini dapat menunjukkan beberapa kemahiran lebih daripada yang seorang lagi kembar yang tidak dilatih juga akan menguasai kemudian, tanpa banyak latihan. Dia akan buat demikian pada umur semasa kita mengharapkan menjalankan berbagai tugasan lain. Dengan jelasnya terdapat jadual waktu dalaman yang menentukan kesediaan untuk membuat sesuatu manakala kebaikan latihan awal bersifat sementara sahaja.

Prinsip Perkembangan Pemerhatian Gesell mencadangkan beberapa prinsip perkembangan yang lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu penggabungjalinan dua hala, fungsi tidak bersimetri dan peraturan kendiri. Penggabungjalinan Dua Hala Manusia terbina daripada prinsip asas berpasangan iaitu kita mempunyai bahagian otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada mempunyai cirri-ciri dualistic seperti apabila kita mengeliatkan badan.


Penggabungjalinan dua hala merujuk kepada proses perkembangan dua keinginan yang akhirnya akan mencapai satu cara pengelolaan yang efektif. Seperti contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan, seorang bayi menggunakan sebelah tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali, kemudian menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan kedua-dua belah tangan dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu tangan. Perkara saling menggantikan penggunaan kedua-dua belah tangan memberi contoh kepada kita tentang penggabungjalinan dua hala.


Gesell telah menunjukkkan bagaimana penggabungjalinan dua hala memberi penjelasan tentang corak beberapa tingkah laku, termasuk tingkah laku yang boleh dilihat, iaitu merangkak dan berjalan (Gesell,1946) Gesell juga percaya bahawa penggabungjalinan dua hala akan menghuraikan perkembangan sesuatu personaliti. Di sini kita melihat kepada penggabung organisma yang memungkinkan kecenderungan introvert dan extrovert. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang tenang pada usia tiga tahun bertukar menjadi introvert pada usianya tiga tahun setengah, yang akan bersikap pendiam dan resah.



Jangka masa introvert ini diikut oleh zaman extrovert pada usia empat tahun dan kedua-dua keadaan ini akan bergabung dan menjadi seimbang pada usia lima tahun. Peredaran seperti ni akan bermula pada zaman bayi dan akan wujud sehingga seseorang itu berusia enam belas tahun. Organisma ini akan kehilangan keadaan seimbang ini secara sementara pada waktu ianya berkembang menjadi alam dalaman dan luaran yang baru, tetapi kemudiannya mengelolakan diri pada tahap yang baru (gesell, 1956). Fungsi tidak bersimetri melalui proses penggabungjalinan dua hala kita telah menseimbangkan asas berpasangan alam sekeliling kita.

Sunday, 10 March 2013

"PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK" *PERSOALANNYA : Mengapakah Pendidikan Awal Kanak-kanak itu Penting*



Perkara ini telah dibincangkan dalam kelas pada minggu lepas. Setiap kumpulan perlu menyatakan pendapat mereka sendiri mengapa pendidikan awal kanak-kanak penting dariapada mula sehinggalah sekarang. 

Seperti pepatah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Begitu juga dengan kanak-kanak. Untuk melahirkan individu yang baik dari segi akhlaknya dan berjaya, mereka harus dibentuk dari mereka kecil. 


Jadi, ibu bapa, guru dan semua pihak yang berkaitan perlu mengambil perhatian berkaitan dengan perkara ini. 

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa sebab mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak itu penting : 

1. Pengetahuan asas kepada kanak-kanak

Pendidikan awal ini dapat memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak seawal umur 2 tahun. Pengetahuan ini bukan sahaja merupakan pengetahuan yang mereka perolehi secara formal seperti di sekolah, tetapi, pengetahuan ini diperolehi daripada pengajaran secara informal dirumah mahupun di persekitran kanak-kanak. Sebagaiman yang kita ketahui, kanak-kanak suka meneroka dan mereka sangat ingin mengetahui tentang sesuatu perkara yang ada di persekitaran mereka. Jadi, mereka akan mencuba segala perkara yang mereka ingin tahu sehingga mereka mendapat jawapan. Jadi, ibu bapa perlu memberikan galakan kepada kanak-kanak untuk meneroka dengan semtiasa berada disamping mereka serta memberi tunjuk ajar. 

2. Mengajar kanak-kanak supaya tidak lalai dan sesat dalam kehidupan mereka
Pendidikan awal kanak-kanak dapat membentuk peribadi kanak-kanak tersebut menjadi seorang insan yang mempunyai nilai murni yang bagus dalam segala aspek. Pendidikan ini diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam tentang agama, adat dan budaya meraka sendiri. Segala nilai yang dinyatakan boleh dipupuk dalam subjek Moral disekolah. Menerusi penerapan ini, kanak-kanak dapat mempelajari tentang ilmu agama mereka. Selain itu, kanak-kanak yang berbeza agama dan adat  memberikan pengetahuan yang lebih luas kepada kanak-kanak itu sendiri. Hal ini kerana, setiap kanak-kanak akan dapat memahami dan menghormati agama dan adat rakan-rakan mereka yang berbeza agama. Jadi, di sini, kita dapat mengelakkan kanak-kanak tersebut memandang serong terhadap kanak-kanak yang berlainan agama. 

3. Meningkatkan "self-esteem" setiap kanak-kanak

Bagaimana pendidikan awal kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak? mesti semua tertanya-tanya. "self-esteem" mereka dapat dilihat apabila mereka berada di persekitaran sekolah secara formalnya. Setelah mereka berada sipersekitran sekolah, mereka akan berada dikalangan rakan-rakan mereka. Kebiasaannya, setiap kelas akan mempunyai ketua dan penolong untuk memimpin kelas tersebut. Melalui ini, guru akan dapat mengenalpasti kanak-kanak tersebut  mempunyai "self-esteem" yang tinggi. Kebanyakan kanak-kanak akan mempunyai keinginan untuk menjadi ketua dan penolong kelas. Jai, daripada situasi ini, kita dapat melihat keyakinan mereka lebih tinggi daripada kebiasaan. Keyakinan ini dapat ditingkatkan lagi dengan komitmen atau tanggungjawab yang dipikul semasa mereka menjadi ketua dalam kalangan rakan-rakan mereka walaupun mereka masih berada pada peringkat umur yang muda. 

4. Membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan

Pendidikan Awal kanak-kanak buka sahaja mengajar kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan mahupun masyarakat di luar, malah mereka juga diberi pendedahan untuk berinteraksi dengan bahan dan persekitaran mereka. Pendidikan awal ini diberikan untuk melatih mereka untuk berinteraksi dengan segala perkara yang wujud di sekeliling mereka samaada bahan maujud mahupun bahan yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran kognitif. Cara penyampaian pendidikan ini sedikit berbeza dengan pengajaran formal. Kanak-kanak perlu melakukan kajian atau mencari jawapan kepada persoalan yang bermain diminda mereka. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih menggunakan  daya pemikiran mereka untuk mendapatkan jawapan. Secara automatik, mereka akan menjadi kreatif apabila mereka berinteraksi dengan bahan dan  persekitaran.  

5. Membantu kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasa (perasaan mereka)

Segelintir kanak-kanak sukar utnuk meluahkan perasaan mereka secara telus. Jadi, menerusi pendidikan awal ini, kanak-kanak dapat mengekspresikan diri mereka dalam pelbagai cara. Pengajaran secara formal disekolah secara keseluruhannya mempunyai pelbagai kurikulum dan kaedah yang dilaksanakan oleh guru-guru. Melalui kaedah-kaedah tersebut, kanak-kanak dapat meluahkan apa yang mereka rasa dengan selesa. Sebagai contoh, kanak-kanak melibatkan diri dalam "Drama Play". Setiap kanak-kanak akan menghayati setiap karakter yang mereka pegang. Jadi, memerusi karakter-karakter tersebut, mereka dapat meluahkan perasaan sebenar mereka. Dengan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak tersebut mengekspresikan perasaan mereka dengan cara yang betul. 

*Kesimpulannya disini ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini sangat sangat penting untuk melahirkan insan yang akan menjadi "role model" dan meminpin negara pada masa akan datang. Ingatlah bahawa kanak-kanak merupakan aset penting kepada negara dimana mereka merupakan bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Oleh itu, bentuklah kanak-kanak dengan baik kerana setiap bentuk yang elok adalah daripada acuan yang baik. 

~Apakah itu "Headstart Program"~



Program "Headstart" adalah program yang diperkenalkan oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia  Amerika Syarikat  yang menyediakan pendidikan yang menyeluruh, kesihatan, pemakanan, dan perkhidmatan penglibatan ibu bapa kepada kanak-kanak yang berpendapatan rendah dan keluarga mereka.

 Perkhidmatan dan sumber program ini direka untuk memupuk hubungan kekeluargaan yang stabil, meningkatkan fizikal kanak-kanak dan emosi kesejahteraan, dan mewujudkan persekitaran untuk membangunkan kuat kemahiran kognitif.

Dilancarkan pada tahun 1965  oleh pencipta dan pertama pengarah Jule Sugarman, Mula Ketua pada asalnya diilhamkan sebagai catch-up program sekolah musim panas yang akan mengajar kanak-kanak yang berpendapatan rendah dalam beberapa minggu apa yang mereka perlu tahu untuk memulakan tadika. 

 Akta "Headstart" 1981 memperluaskan lagi program ini.  Program terus disemak semula apabila ia telah reauthorized pada Disember, 2007. "Headstart" adalah salah satu program yang paling lama berjalan untuk menangani kemiskinan sistemik di Amerika Syarikat. Sehingga tahun 2005-an, lebih daripada 22 juta kanak-kanak pra-sekolah umur telah mengambil bahagian. Pada tahun 2011 keberkesanannya telah dimasukkan ke dalam soalan oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Kajian.

Tuesday, 5 March 2013

~Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025~



Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan
telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan
berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat,
peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap
dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21. 

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ini, terdapat 11 anjakan yang telah direka untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Antara 11 anjakan tersebut ialah seperti di bawah: 

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil penyelidikan yang mendalam dan pelibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Pelan Pembangunan Pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang

3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan
awam.


Template by:

Free Blog Templates