Tuesday 5 March 2013

~Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025~



Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan
telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan
berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat,
peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap
dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21. 

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ini, terdapat 11 anjakan yang telah direka untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Antara 11 anjakan tersebut ialah seperti di bawah: 

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil penyelidikan yang mendalam dan pelibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Pelan Pembangunan Pendidikan dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang

3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan
awam.


0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates