Wednesday 13 March 2013

* Profil Arnold Lucius Gesell *





~penting~

Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis. Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.

Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami hampir menyenangkan di mana ‘hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river” (Gesell, 1952). Menurut Bakinsky (1983) Gesell menggunakan bahasa yang sama untuk menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan “ its seasons and sequences”.

Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian bersungguh-sungguh. Untuk menambah pengetahuannya mengenai proses psikologi yang tersirat, beliau menuntut di sekolah perubatan pada umur 30 tahun, walaupun beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafah dan bekerja sebagai ahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan kanak-kanak Yale, Gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah kajian teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanak-kanak dan bayi.
Mereka mamperkembangkan norma tingkah-laku yang menyeluruh yang masih bertindak sebagai bahan asas informasi kepada ahli pediatik dan ahli psikologi. Gesell juga memperkembangkan satu daripada kajian pertamanya “ kecerdikan bayi” (Gesell, 1952). Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri.

Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu ciri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembang dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk pusat sistem saraf iaitu otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh ‘blueprint’ genetik.

Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebaik sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembangan awal selepas bersalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah, kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu , lengan jari , batang tubuh dan kaki. Menurut Gesell (1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan.

Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Dari pandangan Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Menurut Gesell (1952) lagi kesan kematangan dibandingkan dengan kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum kelahiran, ini bermakna bahawa diasingkan kematangan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens dan bentuk tingkah laku.

Ia adalah tugas mekanisme kematangan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak itu dengan jelasnya memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya apabila mereka berirama dengan prinsip kematangan dalaman. Gesell (1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual.

Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak. Beberapa bukti untuk kedudukan kematangan dalam pengajaran datang dari kajian terhadap anak kembar seiras. Misalnya, Balinsky (1983) memberi seorang kembar latihan aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub.

Anak kembar ini dapat menunjukkan beberapa kemahiran lebih daripada yang seorang lagi kembar yang tidak dilatih juga akan menguasai kemudian, tanpa banyak latihan. Dia akan buat demikian pada umur semasa kita mengharapkan menjalankan berbagai tugasan lain. Dengan jelasnya terdapat jadual waktu dalaman yang menentukan kesediaan untuk membuat sesuatu manakala kebaikan latihan awal bersifat sementara sahaja.

Prinsip Perkembangan Pemerhatian Gesell mencadangkan beberapa prinsip perkembangan yang lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu penggabungjalinan dua hala, fungsi tidak bersimetri dan peraturan kendiri. Penggabungjalinan Dua Hala Manusia terbina daripada prinsip asas berpasangan iaitu kita mempunyai bahagian otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang mata, sepasang tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada mempunyai cirri-ciri dualistic seperti apabila kita mengeliatkan badan.


Penggabungjalinan dua hala merujuk kepada proses perkembangan dua keinginan yang akhirnya akan mencapai satu cara pengelolaan yang efektif. Seperti contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan, seorang bayi menggunakan sebelah tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali, kemudian menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan kedua-dua belah tangan dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu tangan. Perkara saling menggantikan penggunaan kedua-dua belah tangan memberi contoh kepada kita tentang penggabungjalinan dua hala.


Gesell telah menunjukkkan bagaimana penggabungjalinan dua hala memberi penjelasan tentang corak beberapa tingkah laku, termasuk tingkah laku yang boleh dilihat, iaitu merangkak dan berjalan (Gesell,1946) Gesell juga percaya bahawa penggabungjalinan dua hala akan menghuraikan perkembangan sesuatu personaliti. Di sini kita melihat kepada penggabung organisma yang memungkinkan kecenderungan introvert dan extrovert. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang tenang pada usia tiga tahun bertukar menjadi introvert pada usianya tiga tahun setengah, yang akan bersikap pendiam dan resah.



Jangka masa introvert ini diikut oleh zaman extrovert pada usia empat tahun dan kedua-dua keadaan ini akan bergabung dan menjadi seimbang pada usia lima tahun. Peredaran seperti ni akan bermula pada zaman bayi dan akan wujud sehingga seseorang itu berusia enam belas tahun. Organisma ini akan kehilangan keadaan seimbang ini secara sementara pada waktu ianya berkembang menjadi alam dalaman dan luaran yang baru, tetapi kemudiannya mengelolakan diri pada tahap yang baru (gesell, 1956). Fungsi tidak bersimetri melalui proses penggabungjalinan dua hala kita telah menseimbangkan asas berpasangan alam sekeliling kita.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates