Sunday 10 March 2013

"PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK" *PERSOALANNYA : Mengapakah Pendidikan Awal Kanak-kanak itu Penting*



Perkara ini telah dibincangkan dalam kelas pada minggu lepas. Setiap kumpulan perlu menyatakan pendapat mereka sendiri mengapa pendidikan awal kanak-kanak penting dariapada mula sehinggalah sekarang. 

Seperti pepatah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Begitu juga dengan kanak-kanak. Untuk melahirkan individu yang baik dari segi akhlaknya dan berjaya, mereka harus dibentuk dari mereka kecil. 


Jadi, ibu bapa, guru dan semua pihak yang berkaitan perlu mengambil perhatian berkaitan dengan perkara ini. 

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa sebab mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak itu penting : 

1. Pengetahuan asas kepada kanak-kanak

Pendidikan awal ini dapat memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak seawal umur 2 tahun. Pengetahuan ini bukan sahaja merupakan pengetahuan yang mereka perolehi secara formal seperti di sekolah, tetapi, pengetahuan ini diperolehi daripada pengajaran secara informal dirumah mahupun di persekitran kanak-kanak. Sebagaiman yang kita ketahui, kanak-kanak suka meneroka dan mereka sangat ingin mengetahui tentang sesuatu perkara yang ada di persekitaran mereka. Jadi, mereka akan mencuba segala perkara yang mereka ingin tahu sehingga mereka mendapat jawapan. Jadi, ibu bapa perlu memberikan galakan kepada kanak-kanak untuk meneroka dengan semtiasa berada disamping mereka serta memberi tunjuk ajar. 

2. Mengajar kanak-kanak supaya tidak lalai dan sesat dalam kehidupan mereka
Pendidikan awal kanak-kanak dapat membentuk peribadi kanak-kanak tersebut menjadi seorang insan yang mempunyai nilai murni yang bagus dalam segala aspek. Pendidikan ini diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam tentang agama, adat dan budaya meraka sendiri. Segala nilai yang dinyatakan boleh dipupuk dalam subjek Moral disekolah. Menerusi penerapan ini, kanak-kanak dapat mempelajari tentang ilmu agama mereka. Selain itu, kanak-kanak yang berbeza agama dan adat  memberikan pengetahuan yang lebih luas kepada kanak-kanak itu sendiri. Hal ini kerana, setiap kanak-kanak akan dapat memahami dan menghormati agama dan adat rakan-rakan mereka yang berbeza agama. Jadi, di sini, kita dapat mengelakkan kanak-kanak tersebut memandang serong terhadap kanak-kanak yang berlainan agama. 

3. Meningkatkan "self-esteem" setiap kanak-kanak

Bagaimana pendidikan awal kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak? mesti semua tertanya-tanya. "self-esteem" mereka dapat dilihat apabila mereka berada di persekitaran sekolah secara formalnya. Setelah mereka berada sipersekitran sekolah, mereka akan berada dikalangan rakan-rakan mereka. Kebiasaannya, setiap kelas akan mempunyai ketua dan penolong untuk memimpin kelas tersebut. Melalui ini, guru akan dapat mengenalpasti kanak-kanak tersebut  mempunyai "self-esteem" yang tinggi. Kebanyakan kanak-kanak akan mempunyai keinginan untuk menjadi ketua dan penolong kelas. Jai, daripada situasi ini, kita dapat melihat keyakinan mereka lebih tinggi daripada kebiasaan. Keyakinan ini dapat ditingkatkan lagi dengan komitmen atau tanggungjawab yang dipikul semasa mereka menjadi ketua dalam kalangan rakan-rakan mereka walaupun mereka masih berada pada peringkat umur yang muda. 

4. Membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan

Pendidikan Awal kanak-kanak buka sahaja mengajar kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan mahupun masyarakat di luar, malah mereka juga diberi pendedahan untuk berinteraksi dengan bahan dan persekitaran mereka. Pendidikan awal ini diberikan untuk melatih mereka untuk berinteraksi dengan segala perkara yang wujud di sekeliling mereka samaada bahan maujud mahupun bahan yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran kognitif. Cara penyampaian pendidikan ini sedikit berbeza dengan pengajaran formal. Kanak-kanak perlu melakukan kajian atau mencari jawapan kepada persoalan yang bermain diminda mereka. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih menggunakan  daya pemikiran mereka untuk mendapatkan jawapan. Secara automatik, mereka akan menjadi kreatif apabila mereka berinteraksi dengan bahan dan  persekitaran.  

5. Membantu kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasa (perasaan mereka)

Segelintir kanak-kanak sukar utnuk meluahkan perasaan mereka secara telus. Jadi, menerusi pendidikan awal ini, kanak-kanak dapat mengekspresikan diri mereka dalam pelbagai cara. Pengajaran secara formal disekolah secara keseluruhannya mempunyai pelbagai kurikulum dan kaedah yang dilaksanakan oleh guru-guru. Melalui kaedah-kaedah tersebut, kanak-kanak dapat meluahkan apa yang mereka rasa dengan selesa. Sebagai contoh, kanak-kanak melibatkan diri dalam "Drama Play". Setiap kanak-kanak akan menghayati setiap karakter yang mereka pegang. Jadi, memerusi karakter-karakter tersebut, mereka dapat meluahkan perasaan sebenar mereka. Dengan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak tersebut mengekspresikan perasaan mereka dengan cara yang betul. 

*Kesimpulannya disini ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini sangat sangat penting untuk melahirkan insan yang akan menjadi "role model" dan meminpin negara pada masa akan datang. Ingatlah bahawa kanak-kanak merupakan aset penting kepada negara dimana mereka merupakan bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Oleh itu, bentuklah kanak-kanak dengan baik kerana setiap bentuk yang elok adalah daripada acuan yang baik. 

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates